JOHOR BHARU, 3 JulaiĀ -Sebanyak 1,797 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Johor atas sembilan kesalahan sepanjang empat hari, Operasi Hari Raya Aidiladha 2023 di seluruh negeri itu.
Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, operasi dijalankan pada 27 dan 28 Jun, disambung, 1 hingga 2 Julai 2023.
Menurutnya, hasil operasi, sebanyak 4,284 kenderaan diperiksa dengan 1,107 daripadanya diambil tindakan.
Kesalahan tertinggi dikesan adalah tiada lesen memandu.
Operasi yang dijalankan tertumpu di kawasan-kawasan panas termasuk di dua terminal bas negeri ini.
"Objektif penguatkuasaan adalah memastikan kelancaran pergerakan perjalanan.
"Tumpuan diberikan terhadap sembilan kesalahan utama bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam tempoh perayaan Aidiladha 2023", katanya yang ditemui semasa operasi Hari Raya Aidiladha 2023 yang dijalankan di Plaza Tol Skudai, arah Selatan, malam tadi.
Seramai 170 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang 4 hari operasi itu.
(Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan)