KUALA LUMPUR, 10 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius berhubung tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata ia akan dibentangkan untuk penjelasan serta pandangan Peguam Negara dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Selasa, sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
"Kerajaan MADANI kekal dengan pendirian bahawa setiap keputusan mesti berasaskan keadilan, ketelusan dan semangat Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah dan kesejahteraan Malaysia seluruhnya," katanya.