fb fb fb fb fb

SPM 2023: Negeri Sembilan catat GPN 4.43

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin menunjukkan keputusan SPM 2023 /Foto RTM

SEREMBAN, 27 Mei - Negeri Sembilan mencatatkan rekod Gred Purata Negeri (GPN) 4.33 mata bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 4.60 mata.

Peningkatan 0.17 mata itu merupakan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun sejak 2014.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin dalam sidang media berkata, 20 calon mendapat keputusan cemerlang A+ manakala 631 calon memperoleh keputusan A+, A dan A-.

Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik diperoleh Kolej Tunku Kurshiah daripada kategori SBP dengan catatan 1.25.

"Seramai 13,000 calon iaitu 93.9 peratus layak menerima sijil SPM pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya.

"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.87 dan peningkatan ini merupakan pencapaian syarat pensijilan sejak diperkenalkan tahun 2013 dimana Bahasa Melayu dan Sejarah mesti lulus.Kita ucapkan tahniah kepada 39 buah sekolah yang catat 100 peratus layak dapat sijil pada tahun ini", katanya.

Seramai 14,158 calon mendaftar bagi peperiksaan SPM tahun 2023 melibatkan 1,281 petugas peperiksaan dan 142 pusat peperiksaan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD