GEORGE TOWN, 30 Mei- Penambahbaikan sistem permohonan jawatan secara digital yang dilaksana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu SPA9 memberi jaminan kualiti bagi pengurusan pengambilan calon.
Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata sistem itu turut dihubungkan dengan beberapa agensi bagi memastikan maklumat yang dikemukakan pemohon tidak dapat dipalsukan.
Menerusinya calon yang dipilih adalah secara automatik berdasarkan kelayakan yang ditetapkan melalui sistem tersebut dan bukanlah secara manual.
Ia juga secara tidak langsung bertujuan menangkis persepsi masyarakat berkenaan penggunaan 'kabel' dalam proses pengambilan.
"Prosesnya ialah melibatkan sistem. Untuk itu kita berusaha sesungguh sungguhnya. Bukan isu berkaitan dengan adanya tafsiran kronik, tafsiran pengaruh tafsiran penggunaan kabel dalam pengambilan.
"Kita ada kerjasama dengan beberapa agensi untuk mengesahkan dokumen dokumen yang diisi oleh calon supaya tidak berlakunya kecenderungan untuk meminda sebarang sebarang bukti untuk mengesahkan memasukkan keputusan peperiksaan itu tepat dan betul," katanya selepas Majlis SPA Bersama Media Zon Utara di G Hotel, di sini.
(Tan Sri Zainal Rahim Seman)