fb fb fb fb fb

SOP JAWI, bantu selaras tugas penguat kuasa agama

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta untuk berkongsi manual Prosedur Operasi Standard (SOP) penguatkuasaan yang diamalkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Jabatan Agama Islam di setiap negeri.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, SOP ini bakal menjadi panduan standard kepada semua Pegawai Penguat kuasa Agama dalam melaksanakan tugasan harian berlandaskan kepada peruntukan undang-undang yang lebih teratur.

"Diperingkat JAKIM kita ada satu bahagian penyelarasan penguatkuasaan dan juga pendakwaan, jadi nanti saya akan minta kepada Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan untuk membentangkan SOP ini supaya ianya dapat dimanfaatkan dan diselaraskan di semua Jabatan Agama Islam negeri-negeri," katanya.

Beliau ditemui pada Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 dan pelancaran manual SOP Penguatkuasaan JAWI di sini.

Konvensyen tersebut diadakan bagi meningkatkan penguasaan ilmu dalam kalangan peserta melalui siri latihan dan kemahiran yang berterusan terutama dari aspek penguatkuasaan undang-undang syariah di Wilayah.

Jelas beliau, keterlibatan semua agensi penguatkuasaan akan dapat memperkukuh tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan menghasilkan impak positif kepada masyarakat.

"Dengan wujudnya manual SOP ini, pegawai penguat kuasa agama akan lebih berani dan yakin dalam setiap tindakan yang diambil selari dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Trainee2