Sistem perbankan dalam talian selamat

Cubaan godam yang dikesan tidak mengakibatkan kecurian data atau menjejaskan operasi sistem perbankan dalam talian negara

DOHA, 7 November -Sistem perbankan dalam talian dan transaksi kewangan negara kekal selamat serta terjamin, walaupun berdepan cubaan serangan siber oleh aktor bukan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi mengesahkan cubaan penggodaman dikesan namun setakat ini tiada kecurian data atau gangguan operasi.
  • Sektor perbankan, kewangan dan transaksi dalam talian negara kekal selamat serta terjamin.
  • Ancaman disyaki datang daripada aktor bukan negara, pemantauan berterusan dijalankan.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan setakat ini, cubaan penggodaman yang dikesan tidak mengakibatkan kecurian data atau menjejaskan operasi sistem perbankan dalam talian negara.

“Setakat ini, kita mendapati terdapat percubaan oleh aktor bukan negara untuk melakukan penggodaman dan sebagainya, namun ia tidak mengakibatkan kecurian data atau menjejaskan sistem perbankan dalam talian.

“Justeru, sektor perbankan, sektor kewangan dan transaksi dalam talian negara kekal selamat,” katanya selepas menghadiri acara boling Sukan Malaysia di Qatar (SUQMA 2026) yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal Razali dan Presiden Malaysian Association of Qatar (MAQ) Dr Mohd Faris Khamidi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.