fb fb fb fb fb

Sistem pelayan BUDI95 dipertingkat, mampu proses 30,000 transaksi seminit - PM

Sistem pelayan BUDI95 dipertingkat, mampu proses 30,000 transaksi seminit/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 September Sistem pelayan (server) bagi inisiatif subsidi petrol di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) telah dipertingkat sehingga mampu memproses lebih 30,000 transaksi seminit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan gangguan teknikal seperti yang pernah berlaku ketika awal pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

2609 NSL PM PERTINGKAT SERVER BUDI95 2Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya/Foto BERNAMA

“Kita hendak elak masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan awal SARA. Kapasiti server BUDI95 kini jauh lebih besar. SARA itu sebenarnya dirangka untuk kumpulan yang lebih kecil, jadi server hanya boleh memproses sekitar 3,000 transaksi seminit. Tetapi untuk BUDI95, sistem ini ditingkatkan sehingga 10 kali ganda, maknanya lebih 30,000 transaksi seminit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Datuk Seri Anwar menegaskan, peningkatan keupayaan sistem teknologi maklumat itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh tatakelola serta memastikan kelancaran pelaksanaan subsidi bersasar agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat yang layak.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN