Sistem kehakiman kukuh pacu keyakinan pelabur

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Sistem kehakiman yang bebas dan berwibawa penting bagi menarik pelabur asing serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan pelabur bergantung kepada sistem kehakiman yang menjamin keadilan saksama tanpa mengira kewarganegaraan.
  • Sistem kehakiman mesti memahami keperluan komersial dan memberi pertimbangan sewajarnya bagi membantu penyelesaian pertikaian perniagaan.
  • Penubuhan ICAD memperkukuh kepastian undang-undang serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai forum penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa.

Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, keyakinan pelabur bergantung pada keupayaan sistem kehakiman menjamin keadilan yang saksama tanpa mengira kewarganegaraan pihak yang terlibat, selain memahami keperluan komersial.

“Keyakinan pelabur asing dapat diperkukuh apabila mereka yakin akan mendapat keadilan yang saksama tanpa mengira kewarganegaraan.

“Selain pertimbangan sewajarnya terhadap aspek komersial melalui sistem kehakiman yang benar-benar bebas di Malaysia,”katanya ketika berucap pada Persidangan Sulung Bahagian Komersial Antarabangsa dan Pertikaian (ICAD) 2026 di Auditorium Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Bangunan Sulaiman, di sini.

Penubuhan ICAD merupakan antara usaha badan kehakiman untuk memperkukuh kepastian undang-undang serta meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai forum penyelesaian pertikaian komersial antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.