KOTA BHARU, 12 Mei - Kumpulan Sirat Maharaja menjuarai pertandingan Dikir Barat RTM 2024.
Kemenangan itu sekali gus menebus kekecewaan pada 2022, apabila sekadar mendapat tempat kedua.
Sirat Maharaja berjaya menewaskan Sidi Sakti Melor, Seluring Kasih dan Warisan Seni Samudera.
Pengurus Pasukan Sirat Maharaja, Nor Alis Mohd Nor berkata, kesepaduan menjadi senjata buat pasukannya untuk memenangi pertandingan tersebut selain mementingkan semua aspek termasuk mesej yang disampaikan oleh tok juara disilih dengan kreativiti dalam lagu matang tukang karut yang beperanan dengan baik.
"Saya ucapkan terima kasih banyak banyak tidak terhingga hanya Allah boleh membalas segala doa dan juga sokongan semua peminat Sirat Maharaja.
"Insya-Allah kami akan terus berkarya dan menyumbang lagi seni dikir sebagai satu karya dengan semua rakyat", katanya yang ditemui RTM di sini.
Sementara itu, gelaran Tukang Karut Terbaik dan Tok Juara terbaik, masing-masing dimenangi Mohd Faizul Ya dan Husni Faizal Azam.
Pertandingan berlangsung di Dewan Terbuka KELANTANfm malam tadi (Sabtu).