Simulasi keselamatan di KLIA pada Khamis, orang ramai usah panik – MKN

Kenyataan MKN

SEPANG, 10 November- Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan latihan simulasi keselamatan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis ini (12 November) bagi menguji kesiapsiagaan dan keberkesanan tindak balas agensi dalam menangani ancaman keselamatan penerbangan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan Exercise Eagle Stealth 2026 anjuran MKN bersama Malaysia Airports, dijalankan dari 9.00 pagi hingga 11.30 malam.
  • Operasi penerbangan akan berjalan seperti biasa; latihan tidak menjejaskan aktiviti atau perkhidmatan penerbangan.
  • Tiada ancaman sebenar; semua aktiviti adalah simulasi. Orang awam diminta mengambil maklum dan kekal bertenang.

MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, latihan Exercise Eagle Stealth 2026 itu dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Airports bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.30 malam.

“Operasi penerbangan akan beroperasi seperti biasa dan latihan ini tidak akan menjejaskan aktiviti serta urusan perkhidmatan penerbangan di KLIA,” menurut kenyataan itu.

Latihan berkenaan turut melibatkan pergerakan pasukan keselamatan, aset operasi dan aktiviti simulasi bagi menguji koordinasi antara agensi serta mekanisme tindak balas negara.

“Tiada ancaman sebenar berlaku. Semua aktiviti yang dijalankan adalah simulasi kepada latih amal semata-mata,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang awam diminta mengambil maklum dan kekal bertenang sekiranya melihat sebarang pergerakan pasukan keselamatan atau aktiviti latihan sepanjang tempoh berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.