Sidang khas Parlimen 11 Ogos teliti laporan RCI TH – PM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Sidang khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sidang khas Parlimen dijadual bermula pukul 10.00 pagi dan dijangka berlangsung sehingga petang selepas persetujuan Speaker.
  • Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja dijangka menjadi asas kepada perbahasan dalam sidang khas Parlimen.
  • Kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu berkaitan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.
  • Laporan RCI merangkumi siasatan bagi tempoh 2014 hingga 2020 dan mengandungi 211 halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang khas itu dijadual bermula pada pukul 10.00 pagi dan akan berlangsung sehingga petang.

“Sesi khas Parlimen akan diadakan pada 11 Ogos. Saya telah berbincang dan para Speaker juga telah bersetuju supaya sesi tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi dan berlangsung sehingga petang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat isu berkaitan pengurusan TH, dengan laporan suruhanjaya itu dijangka menjadi asas kepada perbahasan di sidang khas berkenaan.

Laporan RCI itu khususnya mengenai siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.