Piala Dunia: “Saya mohon maaf gagal penuhi harapan rakyat” – Bekas jurulatih Korea Selatan

Bekas jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo, memohon maaf atas kegagalan skuad kebangsaan pada Piala Dunia ketika menghadiri sesi pendengaran Parlimen di Seoul/Foto REUTERS

SEOUL, 30 Julai – Bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo, memohon maaf kepada rakyat negara itu selepas gagal membawa skuad kebangsaan mencapai keputusan yang diharapkan pada Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hong Myung-bo memohon maaf kerana gagal memenuhi harapan rakyat terhadap keputusan pasukan di Piala Dunia.
  • Beliau menafikan dakwaan layanan istimewa; pelantikan dibuat mengikut prosedur Jawatankuasa Pengukuhan Teknikal.
  • Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan, menimbulkan kritikan hebat terhadap Persatuan Bola Sepak Korea.
  • Kegagalan itu mencetuskan arahan siasatan presiden, desakan peletakan jawatan, dan tuntutan pembaharuan oleh penyokong.

Ketika memberi keterangan di Parlimen, Hong berkata, “Saya ingin terlebih dahulu memohon maaf kepada rakyat kerana gagal memenuhi harapan mereka terhadap keputusan pasukan di Piala Dunia.”

Beliau turut menafikan dakwaan menerima layanan istimewa dalam proses pelantikannya sebagai jurulatih, sebaliknya menegaskan pelantikan itu dibuat mengikut prosedur oleh Jawatankuasa Pengukuhan Teknikal skuad kebangsaan.

Korea Selatan tersingkir seawal peringkat kumpulan, sekali gus mencetuskan kritikan hebat terhadap Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Kegagalan itu mendorong Presiden Korea Selatan mengarahkan siasatan dijalankan, serta mendesak Myung-Bo meletakkan jawatan.

Manakala penyokong mendesak pembaharuan menyeluruh dalam pengurusan bola sepak negara.

Sementara itu, bekas presiden KFA, Chung Mong-gyu, turut mengakui persatuan itu gagal memenuhi harapan rakyat dan penyokong bola sepak Korea Selatan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.