
PESHAWAR, 30 Julai – Sekurang-kurangnya 10 anggota polis terbunuh dalam serangan dron dan hendap oleh kumpulan pengganas di sebuah pos kawalan di daerah Hangu, barat laut Pakistan, lewat malam Rabu.
- Kejadian itu adalah serangan kedua terhadap pasukan keselamatan di wilayah berkenaan dalam tempoh seminggu.
- Kumpulan pengganas menggunakan dron yang membawa bahan letupan buatan sendiri dan menyerang pos kawalan berhampiran sempadan Afghanistan.
- Pertempuran yang berlangsung beberapa jam turut mengorbankan 15 penyerang.
- Islamabad mendakwa pengganas mendapat perlindungan di Afghanistan; kerajaan Taliban Afghanistan menafikan dan anggap keganasan masalah dalaman Pakistan.
Ketua Polis Khyber Pakhtunkhwa, Zulfikar Hameed, berkata kejadian itu adalah serangan kedua terhadap pasukan keselamatan di wilayah berkenaan dalam tempoh seminggu.
Menurut polis, kumpulan pengganas menggunakan bahan letupan buatan sendiri yang dipasang pada dron sebelum melancarkan serangan hendap ke atas pos kawalan berhampiran sempadan Afghanistan.
Hameed berkata, pertempuran yang berlangsung selama beberapa jam turut mengorbankan 15 penyerang.
Kawasan sempadan Pakistan dengan Afghanistan menyaksikan peningkatan serangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang mana anggota tentera dan polis menjadi sasaran utama.
Islamabad mendakwa kumpulan pengganas menggunakan kawasan perlindungan di Afghanistan untuk melatih anggota serta merancang serangan di Pakistan, namun kerajaan Taliban Afghanistan menafikan dakwaan itu dan menyifatkan keganasan berkenaan sebagai masalah dalaman Pakistan. – REUTERS