
CEBU, 8 Mei – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 di Filipina membuka tirai hari ini dengan majlis pembukaan gilang-gemilang, sekali gus menandakan bermulanya siri pertemuan penting, termasuk sidang plenari yang dihadiri oleh para pemimpin dari rantau Asia Tenggara.
- Tema Sidang "Navigating Our Future Together" menekankan kerjasama dan perancangan masa depan serantau.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia, ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- Fokus utama ialah memperkukuh kerjasama serantau berdepan ketidaktentuan global dan isu keselamatan serantau.
Dengan tema “Navigating Our Future Together”, majlis pembukaan itu dirasmikan oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., selaku Pengerusi ASEAN 2026 dan tuan rumah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi Malaysia diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pemimpin lain yang hadir ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet; Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.
Turut hadir Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul; Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung; Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, U Hau Khan Sum.
Fokus utama Sidang kemuncak ASEAN 2026 ialah memperkukuh kerjasama serantau ketika ASEAN berdepan ketidaktentuan global dan isu keselamatan serantau.