
SEREMBAN, 23 April- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang bermula hari ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
- Pengumuman dibuat oleh Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim, selepas istiadat pembukaan disempurnakan Tuanku Muhriz.
- Keputusan dibuat oleh beliau bagi memastikan kelancaran perjalanan Dewan dan keadaan Negeri Sembilan.
- Tarikh baharu akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz; sidang asalnya dijadual empat hari dan bersambung 27 April.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman selepas istiadat pembukaan persidangan itu yang disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pagi tadi.
Datuk MK Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas pertimbangannya selaku pengerusi persidangan dan bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang Dewan.
“Keputusan ini saya buat atas pertimbangan sebagai Yang Dipertua Dewan untuk menlicinkan perjalanan Dewan Undangan Negeri ini dan keadaan Negeri Sembilan. Mesyuarat ini saya tangguhkan,” katanya kepada media di sini.
Beliau berkata, tarikh baharu persidangan akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.
Sidang DUN itu sepatutnya dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan bersambung semula pada 27 April.