fb fb fb fb fb

Sibu mampu jadi hab pengisian methanol hijau untuk perkapalan antarabangsa- Abang Johari

Foto Fail: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ BERNAMA

SIBU, 18 Februari- Sibu sebagai pusat industri pembinaan dan pembaikan kapal dilihat mampu memainkan peranannya sebagai hab pengisian metanol hijau kepada syarikat perkapalan antarabangsa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu dapat dilakukan atas usaha negeri untuk menghasilkan metanol hijau, yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa susulan peralihan kepada tenaga hijau.

Beliau berkata syarikat perkapalan hari ini menukar enjin kapal mereka kepada yang menggunakan metanol hijau sebagai bahan api, sama seperti kebanyakan bank antarabangsa mengambil kira penggunaan tenaga hijau dalam meluluskan pinjaman.

“Pada masa ini, Sibu banyak mengeluarkan kapal dan pemilik mahu menukar enjin daripada menggunakan minyak, kepada enjin menggunakan metanol, jadi sudah tentu mereka memerlukan metanol hijau untuk kapal mereka.

“Ini bermakna industri pembinaan dan pembaikan kapal di Sibu) akan mempromosikan hab pelabuhan kita yang mempunyai kemudahan pengisian bunker untuk syarikat perkapalan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Sibu 2024, malam tadi.

Abang Johari berkata Sarawak kini sedang giat ke arah ekonomi hijau dan perlu membuat pelarasan dasar kepada ekonomi hijau yang boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak semasa.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI