fb fb fb fb fb

Seorang pekerja maut, lima dikhuatiri masih tertimbus runtuhan bangunan

Salah seorang mangsa runtuhan bangunan di Pulau Pinang

BATU MAUNG, 29 November- Seorang pekerja buruh disahkan maut dalam runtuhan sebuah bangunan logistik yang masih dalam pembinaan dekat Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, Pulau Pinang.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lima lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus sedang giat dijalankan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, seramai empat mangsa telah berjaya dikeluarkan setakat ini termasuk seorang daripadanya maut.

“Maklumat awal terdapat 18 pekerja buruh binaan di lokasi kejadian. Sembilan mangsa terperangkap, manakala sembilan lagi dilapor keluar bagi menunaikan solat.

“Mangsa maut dan tiga yang parah telah dikejarkan ke hospital sebaik dikeluarkan dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan kesemua buruh binaan tersebut merupakan warga asing.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat dan dilapor runtuh kira-kira pukul 9.57 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sembilan dikhuatiri terperangkap bawah runtuhan kilang - Bomba

SITI AISHAH BINTI MD ISA