fb fb fb fb fb

Sembilan dikhuatiri terperangkap bawah runtuhan kilang - Bomba

FOTO BOMBA

GEORGE TOWN, 28 November- Sembilan orang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan membabitkan sebuah kilang kargo yang masih dalam pembinaan di Batu Maung, Pulau Pinang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 9.57 malam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian sedang giat dilakukan oleh pasukan bomba.

Kesemua identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

SITI AISHAH BINTI MD ISA