fb fb fb fb fb

Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi

KLANG, 10 Januari - Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir, akan dikemas kini setiap Rabu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ini bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia.

“Setiap Rabu kita akan mengemas kini senarai tersebut, apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada Ahad atau Isnin (minggu seterusnya) boleh dibuka bergantung sama ada mereka berada dalam kumpulan A atau B.

“Namun pada masa sama, keadaan dan situasi banjir ini amat dinamik. Sesebuah sekolah itu boleh dibuka, tiba-tiba air naik dan itu secara automatik (sekolah ditutup)… dan tindakan awal akan diambil khususnya untuk maklumkan pada ibu bapa (berhubung penutupan sekolah),” katanya selepas meninjau SK Meru, Kapar, sempena pengoperasian sekolah di Selangor bagi penggal ketiga, 2021/2022.

Dalam pada itu, empat juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022, melibatkan 1.2 juta pelajar daripada kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan semalam. Manakala 2.8 juta pelajar membabitkan kumpulan B, hari ini.

Media Baharu