Semakan keputusan kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda politeknik kini dibuka

Foto FB polycc.edu

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di politeknik bagi Sesi Akademik I 2026/2027 telah dibuka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semakan dan cetak surat tawaran melalui https://ambilan.mypolycc.edu.my; calon mesti sahkan terima tawaran sebelum 28 Ogos.
  • Ditawarkan 12 program Ijazah Sarjana Muda di empat politeknik, merangkumi bidang kejuruteraan, reka bentuk, pelancongan dan hospitaliti.
  • 534 tempat disediakan; pendaftaran pelajar baharu bermula 21 September; rayuan dalam talian hingga 4 September melalui pautan sama.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat melalui pautan https://ambilan.mypolycc.edu.my.

Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui Sistem Ambilan myPOLYCC di pautan yang sama dan dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran mulai hari ini (Jumaat) hingga 28 Ogos.

Sebanyak 12 program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ditawarkan pada sesi ini meliputi bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Reka Bentuk dan Komunikasi Visual serta Pelancongan dan Hospitaliti di empat politeknik.

Ia meliputi Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor; Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak.

Sebanyak 534 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian dengan pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada 21 September.

Pelajar yang belum menerima sebarang tawaran dinasihatkan membuat rayuan secara dalam talian bermula hari ini hingga 4 September melalui pautan sama dengan semakan tawaran susulan 1 (calon rayuan) pada 8 September.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan boleh dimajukan secara terus ke Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti atau melalui nombor telefon 03-8888 3837 dan e-mel jppkk.ambilan@mohe.gov.my.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.