HULU SELANGOR, 1 Mei - Kerajaan Selangor menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebagai usaha kerajaan negeri menoktahkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, untuk mencapai sasaran itu selewat-lewatnya pada Julai, ini termasuk pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan terbabit.
"Ini berdasarkan taklimat yang diterima daripada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang melaporkan terdapat 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
"Sebab ada sebahagian yang mereka itu hanya memerlukan tambahan RM17 lagi daripada pendapatan dia supaya mereka boleh keluar daripada kemiskinan setiap bulan.
"Jadi, saya percaya dengan pemberian bantuan RM300 itu dicampur dengan zakat sebab (dalam jumlah senarai miskin tegar itu) kita ada 500 lebih masyarakat Melayu dan selebihnya bukan Melayu yang akan dapat kita tangani," katanya.
Amirudin berkata demikian ketika ditemui wartawan pada sebuah majlis malam tadi.
PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.