fb fb fb fb fb

Kotor: Restoran mamak di Jalan Hang Tuah diarah tutup

Foto tular menunjukkan seorang pekerja restoran kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan

MELAKA, 2 Februari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan penutupan sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran kotor.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dorothy Dayang Henry Sum berkata arahan penutupan itu dikeluarkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.

"Hasil pemeriksaan kita turut keluarkan empat notis kompaun bernilai keseluruhan RM1,500 atas pelbagai kesalahan. Premis diarahkan tutup bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak bersih, selain premis ini juga memperoleh markah 64 peratus ke bawah hasil daripada penilaian yang dilakukan penguat kuasa," k

"Kita juga dapati tiada tandas di dalam premis ini, yang ada hanyalah di stor iaitu di bangunan bersebelahan premis, namun tidak mempunyai air menyebabkan pekerja terpaksa menggunakan tandas di tempat lain," katanya dalam sidang media selepas melakukan pemeriksaan di premis itu, semalam.

Beliau berkata restoran itu sebelum ini pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali pada 2022, bagaimanapun tetap mengulangi kesalahan sama, justeru menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih setiap masa.

"Premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan jika masih ingkar, boleh dikenakan arahan penutupan di bawah akta berkaitan," katanya.

Serbuan dilakukan berikutan video tular berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pekerja restoran terbabit kencing secara terbuka di longkang di belakang premis menjual makanan berkenaan.

TETITIA YUSOFF