fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Sabah diraikan selepas Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

Gambar fail BERNAMA

KENINGAU, 8 Julai - Hari Sabah yang diadakan di daerah Tambunan akan diraikan selepas selesai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat negeri di Kota Kinabalu pada 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, Hari Sabah menjadi sambutan rasmi bermula tahun lalu.

"Dengan adanya penggazetanya secara rasmi kita mempunyai keyakinan dan kita juga minta sokongan penyertaan daripada rakyat Sabah supaya program-program yang kita adakan seperti larian Merdeka konsert dan sebagainya akan disertai ramai orang," katanya.

Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos bagi mengiktiraf dan mengingati sejarah penting negeri ini.

Warta berkenaan dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lalu bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Datuk Mahiruddin.

GRACE AISYAH KEDAYAN