SADA laksana kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan di LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal

Foto SADA

SUNGAI PETANI, 16 Ogos – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani/Pinang Tunggal bagi memastikan sistem agihan air dapat beroperasi dengan lebih baik dan berkesan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan teknikal SADA giat melaksanakan kerja di tapak selepas kerja dimulakan pada pukul 8 malam.
  • Kerja melibatkan penambahbaikan sistem elektrik oleh TNB dan pemasangan peralatan pemantauan aliran air mentah oleh SADA.
  • Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan Kuala Muda termasuk perumahan, perindustrian, institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.
  • SADA akan terus memantau perkembangan dan mengambil tindakan bagi memastikan pemulihan bekalan air secara berperingkat.

Kerja tersebut mula dilaksanakan pada pukul 8 malam tadi dan ketika ini pasukan teknikal SADA sedang giat menjalankan usaha tersebut di tapak.

SADA dalam kenyataan berkata pelaksanaan kerja tersebut turut melibatkan kerja penambahbaikan sistem bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), selain pemasangan peralatan pemantauan aliran air mentah oleh SADA sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pemantauan dan pengurusan sistem bekalan air.

“Sehubungan itu, gangguan bekalan air berjadual berlaku di beberapa kawasan di sekitar daerah Kuala Muda, melibatkan sebahagian besar Sungai Petani dan kawasan sekitarnya termasuk kawasan perumahan, perindustrian, institusi pendidikan, premis kerajaan serta beberapa fasiliti kesihatan,” katanya.

Kerja penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan sistem bekalan air terus berada pada tahap keupayaan yang baik, selain menyokong usaha SADA meningkatkan kecekapan operasi dan pemantauan bekalan air kepada pengguna.

“SADA akan terus memantau perkembangan semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secara berperingkat selepas kerja selesai,” jelasnya dalam kenyataan sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.