fb fb fb fb fb

Rundingan semula MEUFTA bermula tidak lama lagi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 November- Rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan bermula tidak lama lagi selepas semua ahli pasukan rundingan dari kesatuan itu tiba di Malaysia

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; penyambungan semula rundingan yang terhenti sejak 2012 itu mencerminkan keyakinan bersama kedua-dua pihak terhadap perdagangan terbuka berasaskan peraturan, yang dilihat sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi dan penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi.

Setelah dimuktamadkan, perjanjian tersebut akan memperdalam hubungan industri, mengukuhkan rantaian bekalan dan memupuk kerjasama yang kukuh serta saling menguntungkan antara Malaysia dan Kesatuan Eropah, termasuk Perancis.

"Apa yang kita lihat ialah potensi masa depan, akses pasaran, dan juga kerjasama. Sehingga Jun 2025, sebanyak 149 projek dengan penyertaan syarikat Perancis telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan RM6.3 bilion serta mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan.

"Justeru, pelaburan Perancis di Malaysia bukan sekadar modal, tetapi juga tanda keyakinan, kerjasama, dan perkongsian visi bersama", katanya demikian dalam ucaptama Majlis Makan Malam Gala Perancis Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia di ibu negara.

Tambah Zafrul, Malaysia juga komited untuk memperkukuh sektor pembuatan maju, peralihan tenaga serta industri digital; selain terus menarik pelaburan berkualiti.

Ke arah itu, beliau mengalu alukan kerjasama yang lebih mendalam dalam pembuatan hijau, teknologi bersih serta inovasi industri selari dengan kepakaran Perancis dalam bidang aeroangkasa, tenaga dan teknologi

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD