fb fb fb fb fb

RM93.374 juta diperuntuk untuk pemulihan, penyelenggaraan cerun

Sebanyak RM93.374 juta diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) tahun ini untuk kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan cerun / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Sebanyak RM93.374 juta diperuntukkan Kementerian Kerja Raya (KKR) tahun ini untuk kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan cerun, serta pelaksanaan langkah-langkah pencegahan di Semenanjung Malaysia.

Sebanyak 60 lokasi telah dikenal pasti dan diluluskan bagi pelaksanaan inisiatif itu, yang bertujuan mengurangkan risiko kejadian cerun runtuh serta meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya demi keselamatan pengguna.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif itu merupakan bukti komitmen KKR dalam menangani isu cerun runtuh secara berperingkat.

β€œIni adalah fasa pertama dan akan dipantau secara berterusan. KKR sentiasa menerima laporan kejadian cerun runtuh, dan kita ada sistem yang memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan dengan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Arahan Kerja Projek Penyelenggaraan Cerun 2025 di ibu negara.

Daripada peruntukan itu sebanyak RM4.255 juta digunakan untuk menaik taraf sistem amaran awal tanah runtuh, pengumpulan data, dan kemas kini peta bahaya risiko cerun, Manakala RM29.23 juta diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan sedia ada.

Tambah Nanta, syarikat Pintas Utama Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun berdasarkan keperluan dan kelulusan KKR.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN