RM4.06 bilion disalur, bagi pelaksanaan projek BALB di Sabah

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

KUDAT, 8 Ogos – RM4.06 bilion disalur Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek BALB bertujuan menangani masalah bekalan air bersih di kawasan desa dan luar bandar secara menyeluruh.
  • Pelaksanaan sepenuhnya dipindah kepada kerajaan negeri melalui JANS dan JKR mulai 1 Januari 2027, KKDW memantau serta membantu.
  • Fokus diberi kepada kawasan termiskin seperti Kudat, Kota Marudu dan Pitas untuk meningkatkan infrastruktur dan membasmi kemiskinan tegar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu bertujuan memastikan masalah bekalan air bersih di kawasan desa dan luar bandar dapat ditangani secara menyeluruh.

“Pelaksanaannya telah bermula tetapi pelaksanaan sepenuhnya akan dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mulai 1 Januari 2027, pelaksanaan projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh kerajaan negeri, manakala Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memantau serta membantu dari segi pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Rungus di Matunggong, di sini.

Tambah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, tumpuan turut diberikan kepada kawasan luar bandar termasuk Kudat, Kota Marudu dan Pitas yang merupakan antara daerah termiskin di Malaysia.

Katanya, pembangunan infrastruktur asas termasuk bekalan air dan elektrik menjadi antara keutamaan kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.