Ribut petir landa beberapa kawasan Sarawak hingga 12 tengah hari

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 12 tengah ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sri Aman: Sri Aman, Pantu dan Lingga; Samarahan: Sebuyau, Asajaya, Simunjan dan Gedong.
  • Bintulu: Bintulu dan Tatau; Mukah: Mukah dan Dalat; Pusa di Betong.
  • Amaran bermaksud hujan berintensiti melebihi 20 mm sejam hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih satu jam.
  • Amaran jangka pendek sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kawasan terjejas melibatkan Sri Aman, iaitu Sri Aman, Pantu dan Lingga serta Samarahan yang meliputi Sebuyau, Asajaya, Simunjan dan Gedong.

Cuaca sama juga membabitkan di Bintulu yang melibatkan Bintulu dan Tatau, di Mukah (Mukah dan Dalat) serta Pusa di Betong.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam,” menurut MetMalaysia.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.