
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9.00 pagi.
- MetMalaysia keluarkan amaran melibatkan beberapa kawasan Pahang seperti Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.
- Amaran juga membabitkan Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang) serta Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Sabah turut terjejas termasuk Pantai Barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan (Telupid, Beluran, Sandakan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang seperti Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera, manakala di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Cuaca sama turut dijangka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), seluruh Melaka serta Johor (Tangkak dan Muar).
Selain itu, turut terjejas negeri Sabah yang melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).