Sabah, Sarawak rekod taburan hujan tertinggi

Gambar hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sabah dan Sarawak merekodkan taburan hujan harian lebih tinggi berbanding semenanjung pada 21 Julai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Stesen Meteorologi Kota Kinabalu mencatat hujan harian tertinggi 71.8 mm.
  • Stesen Meteorologi Sibu merekodkan bacaan hujan 67.2 mm.
  • Purata suhu maksimum harian di seluruh negara direkodkan 32.5 darjah Celsius.
  • Orang ramai dinasihatkan peka kepada perubahan cuaca dan rancang aktiviti melalui laman web serta media sosial rasmi MET Malaysia.

Berdasarkan data MET Malaysia di Facebook, Stesen Meteorologi Kota Kinabalu, Sabah mencatat jumlah hujan harian tertinggi iaitu 71.8 milimeter (mm), diikuti Stesen Meteorologi Sibu, Sarawak dengan bacaan 67.2 mm.

Pada masa sama, purata suhu maksimum harian di seluruh negara direkodkan pada 32.5 darjah Celsius.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat terkini melalui laman sesawang serta platform media sosial rasmi MET Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.