Logo rasmi WCWC 2026 dilancarkan

Pelancaran logo rasmi Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) ke-10

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Logo rasmi Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2026 dilancarkan di ibu negara dengan tema ‘One World, One Woodball’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema itu melambangkan aspirasi menyatukan komuniti dunia menerusi semangat kesukanan, persahabatan dan persefahaman sejagat.
  • Reka bentuk menonjolkan Negeri Perlis sebagai pentas pertemuan atlet antarabangsa, mencerminkan perpaduan, profesionalisme, integriti dan kecemerlangan.
  • Kejohanan WCWC ke-10 dan Terbuka Malaysia Antarabangsa Ke-26 berlangsung 24 hingga 30 Julai 2026 di Laman Woodball UniMAP.

Menurut kenyataan, Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), Profesor Emeritus, Datuk Dr Kamarudin Hussin dalam kenyataan memaklumkan, tema itu melambangkan aspirasi menyatukan komuniti dunia menerusi semangat kesukanan, persahabatan dan persefahaman sejagat.

“Reka bentuknya menampilkan Negeri Perlis sebagai pentas pertemuan atlet dari seluruh dunia, sekali gus mencerminkan nilai perpaduan, profesionalisme, integriti dan kecemerlangan yang menjadi tunjang penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Simbolik pelancaran logo rasmi Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) ke-10 disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di sebuah hotel di ibu negara.

Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-10 serta Terbuka Malaysia Antarabangsa Ke-26 akan berlangsung mulai 24 Julai hingga 30 Julai 2026 di Laman Woodball Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.