fb fb fb fb fb

Ribut petir di seluruh negara hingga malam ini

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang / MET Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 November- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri di Semenanjung hingga pukul 9 malam ini.

Termasuk Sabah dan Sarawak.

Perkembangan itu dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi catatan di Facebook rasmi pada pukul 5.50 petang tadi.

Menurut MET Malaysia, di utara negeri terlibat membabitkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Perak pula, kawasan terjejas adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Trainee2