Reman dua lelaki disyaki bunuh OKU disambung enam hari

Foto hiasan

KOTA BHARU, 15 Mei -Tempoh reman dua lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, disambung enam hari bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua suspek berusia 25 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya minggu depan untuk arahan lanjut.
  • Mangsa Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, OKU pembelajaran, maut dipercayai dipukul pada 15 April.
  • Mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian pada 12.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas reman asal enam hari tamat hari ini.

“Siasatan terhadap dua suspek berusia 25 tahun itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya pada minggu depan untuk arahan lanjut,” katanya.

Pada 15 April, OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.