fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong kurnia juadah Aidiladha kepada siswazah UTM Johor Bahru

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 17 Jun- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan juadah Aidiladha kepada siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru.

Satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memaklumkan kurniaan itu disampaikan selepas solat sunat Aidiladha di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Juadah untuk 900 siswazah antarabangsa itu diserahkan oleh Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE