Kebakaran musnahkan rumah, kenderaan di Kg. Kalabakan

Foto JBPM

TAWAU, 25 Ogos – Sebuah blok rumah kongsi lima pintu, sebuah rumah serta tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Kalabakan, di sini, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.03 malam.
  • Kebakaran melibatkan blok rumah kongsi kira-kira 418 meter persegi dan sebuah rumah kira-kira 56 meter persegi.
  • Enam anggota termasuk dua EMRS dan sebuah jentera FRT digerakkan, operasi guna air sungai berakhir pada 10.28 malam, dibantu Bomba Sukarela, APM, PDRM dan RELA.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataannya memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada pukul 7.03 malam.

“Enam anggota termasuk dua daripada Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan (EMRS) kemudian digerakkan ke lokasi bersama-sama jentera Fire Rescue Tender (FRT),” menurut kenyataan itu.

Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah blok rumah kongsi lima pintu berkeluasan kira-kira 418 meter persegi serta sebuah rumah berkeluasan kira-kira 56 meter persegi.

Kebakaran turut memusnahkan dua kereta dan sebuah motosikal.

Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari sungai berhampiran berakhir pada pukul 10.28 malam.

Selain bomba, operasi turut dibantu beberapa anggota Bomba Sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.