fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil Almarhum Tunku Abdul Jalil

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 6 Julai- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah menunaikan solat asar secara berjemaah bersama pegawai pengurusan dan petugas di Surau Utama Istana Negara, sebelum bacaan Yasin dan tahlil diketuai Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Razi Hassan.

Baginda turut meraikan kira-kira 30 pelajar tahfiz yang hadir bersama dalam majlis santapan selepas selesai tahlil.

Almarhum Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE