fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis meriahkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Tawau

FOTO MEDIA FAMA

TAWAU, 14 Mac- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil inisiatif dengan mengadakan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan dalam usaha memupuk minat masyarakat memilih buah-buahan tempatan sebagai menu dalam setiap hidangan makanan.

Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan dalam kenyataannya memaklumkan, sebanyak 250 kilogram buah-buahan tempatan terdiri daripada tembikai merah, tembikai kuning, jambu batu dan pamelo Tenom dibekalkan oleh FAMA Negeri Sabah dan merupakan hasil keluaran Sabah iaitu dari Tawau dan Tenom.

Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan oleh FAMA ini kali ketiga dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dimana kali pertama pada 2018 di SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Behor Pulai dan keduanya semasa kempen bersama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin pada 24 Februari lalu di Nyorok Café ,Kangar.

Manakala kali ketiga yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Bagi kempen kali ini, FAMA memperkenalkan buah tarap yang merupakan kebanggaan kepada Negeri Sabah kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama delegasi dari negeri Perlis serta anggota PDRM.

Program dilaksanakan bersempena Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH) 2024 yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE