Raja Jordan berangkat pulang selepas adakan lawatan negara

Keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II diiringii Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

SEPANG, 12 Oktober – Raja Jordan, Raja Abdullah II berangkat pulang selepas menamatkan lawatan negara ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan İbrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Raja Abdullah II diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa keberangkatan pulang.
  • Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Dr. Zulkifli Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Shamsul Azri.
  • Sebelum berlepas Baginda memeriksa kawalan kehormatan, mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, lalu berlepas dari KLIA pada 1.40 tengahari.

Keberangkatan pulang Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir sama di sini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sebelum berangkat pulang, Raja Abdullah II berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Diraja diketuai Kapt Syed Muhamad Nabil Syed Hassan.

Pesawat khas yang membawa Raja Jordan berlepas dari Kompleks Bunga Raya (BRC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.40 tengahari.

Terdahulu, Baginda bersama Datuk Seri Anwar mengadakan pertemuan rasmi di Kompleks Bunga Raya sebelum berangkat pulang.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.