fb fb fb fb fb

Pusat Keluarga Sehenti diwujudkan di Kota Kinabalu - KPWKM

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

PENAMPANG, 1 Mei- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mewujudkan “Pusat Keluarga Sehenti” di Kota Kinabalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ia adalah antara intipati dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang mana kementeriannya melalui LPPKN mewujudkan "Pusat Keluarga Sehenti" yang bernilai sebanyak RM5 juta, telah beroperasi pada 6 Februari lepas.

"Kita memang sentiasa prihatin. Sekiranya ada apa-apa yang diperlukan melalui jabatan kami, kita dan jabatan akan mengambil tindakan di atas, misalnya ada perkongsian atau aduan dan sebagainya," kata Noraini kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024, Senator Datuk Noraini Idris di Penampang.

Tambahnya, pusat keluarga sehenti tersebut terdapat pusat terapi, pusat kaunseling dan juga seorang pegawai perubatan untuk diberikan rawatan.

Sebanyak RM78 juta diperuntukkan kepada 65,266 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi negeri Sabah.

Dalam majlis sama, kira-kira 500 orang penduduk sekitar penampang dan sekitar Kota Kinabalu telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka tersebut.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM