fb fb fb fb fb

Pusat hiburan dibaling bom petrol, seorang lagi ditahan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Polis menahan lagi seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, yang terbakar akibat dibaling bom petrol pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata tangkapan lelaki berusia 23 tahun warga tempatan itu menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai enam individu.

"Setakat ini, kalau semalam kita ada lima tangkapan..tambahan pagi ini pula ada satu lagi tangkapan, jadi enam.

"Saya percaya dua lagi masih bebas..dengan tangkapan keenam ini, kita masih belum lengkap lagi, saya ingat ada dua, tiga orang lagi yang perlu ditangkap," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Difahamkan, perkara itu berlaku disebabkan perselisihan faham antara ahli perniagaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM