KUALA LUMPUR, 5 November - Purata jangka hayat lelaki lebih rendah iaitu 72.5 tahun berbanding wanita, 77.4 tahun, bagi tahun lalu.
Punca kematian utama dalam kalangan lelaki ialah akibat penyakit kardiovaskular iaitu sebanyak 34.9 peratus, diikuti oleh kanser,13.5 peratus dan penyakit paru-paru kronik iaitu 4.7 peratus, bagi tahun 2021.
Kaum lelaki terlibat dengan faktor risiko yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit paru-paru kronik seperti merokok di mana sebanyak 35.7 peratus.
Peratus tersebut 40 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.
Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) bersempena Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Peringkat KKM Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni, 16.9 peratus lelaki didapati mengambil alkohol berbanding 6.4 peratus kalangan wanita.
Selain itu, terdapat beberapa isu kesihatan lain yang perlu diberi perhatian seperti prevalen penyakit tidak berjangkit yang masih tinggi dan tahap pengesanan penyakit berkait dengan sistem reproduktif yang rendah.
Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Tahun 2023 melaporkan bahawa 6.2 peratus lelaki dikesan menghidap undiagnosed diabetes berbanding 5.6 peratus wanita.
Prevalen Undiagnosed Hypertension dalam kalangan lelaki juga dilaporkan 12.7 peratus berbanding 11.1 peratus wanita.