PUTRAJAYA, 2 Jun- Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi libat urus dilaksana bersama guru, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemegang taruh berkaitan.
Jelas beliau, prestasi para pelajar selepas ini akan dinilai dan ditaksir oleh guru pada setiap masa menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
"Ramai tanya bagaimana ibu bapa dan guru dapat tahu tentang prestasi murid-murid dalam konteks mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
KPM fokuskan kepada usaha-usaha untuk memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen, pertama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kedua Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK) dan ketiga ialah Pentaksiran Psikometrik (PPsi)," katanya dalam sidang media di sini.
(Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan)
Tambah beliau, langkah itu juga bagi memastikan murid-murid dapat menguasai sepenuhnya sesuatu topik yang diajar di sekolah.
Sebelum ini, pelaksanaan PT3 telah ditangguhkan selama dua tahun berikutan penularan pandemik COVID-19.
Cadangan artikel
*Belum ada keputusan rasmi pelaksanaan PT3, kata Menteri
*UPSR mansuh, PT3 batal