fb fb fb fb fb

Tujuh buah kampung di Perlis dipilih sebagai perintis PROSPEK

Kangar, 3 Jun- Tujuh buah kampung dipilih sebagai perintis Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri Perlis.

Projek dengan peruntukan RM8 juta itu dilaksanakan sehingga tahun 2025, dijangka mampu memberi manfaat kepada 4,100 penduduk kampung berkenaan.

Pengarah RISDA Negeri Perlis, Nor Afzami Isa, memaklumkan projek melibatkan Kampung Surau, Kampung Binjai, Kampung Surau Baru , Kampung Sentua , Kampung Ujung Batu, Kampung Gunung Medan dan Kampung Sentang.


(Pengarah RISDA Negeri Perlis, Nor Afzami Isa)

Jelas beliau, projek PROSPEK dilaksanakan dengan matamat meningkatkan kesejahteraan luar bandar dengan tumpuan kepada bidang ekonomi, prasarana asas dan perumahan.

Universiti Malaysia Perlis kini sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek bagi menentukan sektor ekonomi yang bersesuaian dengan penduduk kampung terlibat.

PROSPEK bakal meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan prasarana asas di kawasan terlibat.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penerangan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Kampung Binjai, Utan Aji.

Media Baharu