KOTA TINGGI, 2 Jun - Kerajaan sedia membantu penduduk luar bandar memperluas projek ternakan sedia ada terutamanya ayam sebagai langkah jangka masa pendek mengatasi isu kekurangan bekalan makanan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM500 juta peruntukan agro-makanan disediakan bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata, permohonan peruntukan berkenaan boleh dibuat menerusi beberapa agensi berkaitan seperti FELCRA, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)
"Kita tidak mahu buat perkara yang tidak ada, beri mereka yang telah ada, yang telah ada, tambah diluaskan saja. Maknanya, ia telah ada. Kalau baru hendak mula cari reban, cari tanah tidak perlu. Yang telah dibuat sekarang,mungkin ada 30 ribu ekor, kita tambah jadi 60 ribu ekor, begitulah maksundnya', katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, KEJORA di Kota Tinggi.