SEBERANG JAYA, 8 November -Peningkatan kos projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang adalah disebabkan daripada peluasan jajaran ke Seberang Perai, satu langkah yang dicadangkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan tersebut dibuat bagi memastikan pembangunan di negeri itu tidak bersifat berat sebelah yang memberi manfaat seimbang.
"Ini sebabnya mengapa saya katakan pimpinan politik ini kene ikuti perkembangan jangan pakai lepas pergi ke kampung kampung kos itu tidak menentu, apabila dibentangkan kepada saya oleh kerajaan menteri itu projek LRT hanya dipulau, saya sebagai anak Pulau Pinang, saya tidak mahu projek itu tersekat disitu, jadi saya yang mencadangkan menyeberang lautan sampai ke Seberang Perai," katanya dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuaraian Trafik di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada bahagian pulau semata-mata.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan bahawa projek LRT tersebut bukan bersifat politik, sebaliknya satu keperluan sebenar untuk memenuhi permintaan mobiliti rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi di kawasan tanah besar.
Beliau juga menolak dakwaan pihak pembangkang yang mempersoalkan peningkatan kos, sambil menegaskan keputusan memperluaskan jajaran dibuat atas dasar kepentingan rakyat dan bukan pertimbangan politik sempit.