fb fb fb fb fb

Projek rumah terbengkalai: Selangor senarai hitamkan pengarah syarikat terlibat

EXCO Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah/ Foto Facebook MBSubangJaya

SHAH ALAM, 23 November-Selangor mengambil langkah menyenarai hitam pengarah syarikat yang terlibat dengan projek rumah terbengkalai di negeri itu.

Exco Perumahan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, langkah itu diambil  susulan terdapat antara mereka menubuhkan syarikat baharu selepas projek yang di usahakan sebelum ini terbengkalai.

Katanya, individu disenarai hitam itu tidak akan dibenarkan menjalankan projek pembangunan di Selangor.

"Kita sekarang ini nak senarai hitamkan sebab pengarah ini kadang- kadang mereka tubuhkan lagi satu syarikat lain.

"Masalahnya bila dia buka satu lagi syarikat lain, pengarah yang sama , kita nak ambik bukan nama syarikat , kita nak lihat dia punya Lembaga Pengarah Syarikat sebab mereka sudah menipu satu syarikat, dia buka lagi satu syarikat.

"Kita pandang pada nama syarikat.Tapi kita tengok Lembaga Pengarah yang sama. Jadi, saya ingat  ini satu permainan, sebanarnya kerajaan negeri Selangor tidak menghalang semua pemaju-pemaju sebenarnya kita menang-menang, sebab itu kita setiap kali apa dasar yang kita nak buat duduk bersama dengan pemaju", katanya demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Laman Hijau Strata Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Midlands di sini.

Beliau berharap langkah kawalan dilakukan itu dapat menyelesaikan isu projek bermasalah dan bagi memastikan perjalanan serta program perumahan di Selangor lebih selesa dan lancar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD