fb fb fb fb fb

Projek RKAT, pemantauan berkala terus dilaksana - Adly

Adly Zahari

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Pemantauan berkala terus dilaksana bagi memastikan kesemua projek menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini sekali gus memastikan hasil akhir projek memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Jelas Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, pemantauan itu turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian berkenaan.

"Kita juga lakukan lawatan semua kepimpinan di peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) itu sama ada menteri dan timbalan menteri atau pegawai terlibat dalam pelaksanaan projek.

"Memang kita melawat tapak projek, bukan sahaja untuk memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tetapi hasil kerja kontraktor dapat memenuhi kehendak angota pertahanan," Adly berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, MINDEF komited memastikan kebajikan anggota terus diutamakan khususnya RKAT.

Setakat ini sebanyak 694 projek menyelenggara RKAT dalam proses perolehan.

Manakala 386 lagi dalam peringkat pelaksanaan dan 16 projek telah selesai dilaksanakan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM