Projek pembangunan berskala besar di Johor dijamin terus dilaksanakan

Foto BERNAMA 

BATU PAHAT, 6 Jun – Projek pembangunan berskala besar di Johor dijamin akan terus dilaksanakan dengan mengutamakan manfaat kepada rakyat negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembangunan ekonomi, pelaburan dan infrastruktur mesti meningkatkan taraf hidup rakyat melalui peluang pekerjaan, perumahan dan pendidikan.
  • Kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri memastikan projek memberi pulangan langsung kepada rakyat.
  • Memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan pendapatan lebih baik.
  • Kerajaan komited kepada tadbir urus baik, integriti, ketelusan serta memastikan peluang dan bantuan dinikmati secara adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pembangunan ekonomi, pelaburan dan infrastruktur perlu disertai agenda meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk peluang pekerjaan, perumahan serta pendidikan.

“Negeri Johor ini kaya. Ia mempunyai projek-projek besar. Kebanyakannya dengan dokongan Kerajaan Persekutuan. Lebuh raya baharu besar. Projek Forest City yang cuba dihalang oleh pemerintah dahulu kita pulihkan. Saya berterima kasih dengan kerjasama negeri Johor.

“Saudara bayangkan kalau ada hubungan yang erat, kerjasama rapat di antara persekutuan dan negeri, bukan sahaja projek besar tetapi projek pulangan langsung kepada rakyat,” katanya ketika melancarkan Jentera Pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di sini.

Menurut beliau, pendekatan Kerajaan Madani bukan sekadar memberi tumpuan kepada projek mega, sebaliknya memastikan hasil pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan usaha memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan peluang pendapatan lebih baik.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan kerajaan akan terus mempertahankan prinsip tadbir urus yang baik, berintegriti dan ketelusan dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.

Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan rakyat pelbagai kaum serta memastikan peluang pendidikan dan bantuan kerajaan dapat dinikmati secara adil oleh semua rakyat Malaysia yang layak.

Beliau berkata kestabilan politik dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan serta negeri penting bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Pembangunan yang mampan mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.