fb fb fb fb fb

Projek lebar jalan, pembinaan terowong di Lebuh raya KL-Karak dilaksana suku kedua 2024

(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kerajaan meluluskan projek melebarkan jalan dan pembinaan terowong di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Ia bertujuan mengurangkan kesesakan di lebuh raya itu, terutama ketika musim perayaan untuk penyelesaian jangka panjang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek berkenaan dijangka dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun depan.

Selain itu juga, pihaknya sedang memperhalusi cadangan melaksanakan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

"Bagi syarikat konsesi, Anih Berhad telah melaksanakan obligasi mereka untuk memasang lampu di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian konsesi.

"Kerajaan juga telah memasang lampu jajaran Gombak ke Terowong Genting Sempah dan pemasangan lampu jalan dari Terowong Genting Sempah  ke persimpangan Central Spine Road (CSR) Bentong adalah termasuk dalam skop pelebaran yang akan dilaksanakan", katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan wakil Jerantut Khairil Nizam Khirudin yang ingin meminta penjelasan mengenai rancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan untuk mengurangkan kesesakan lebuh raya seperti di Plaza ToL Bentong dan Plaza Tol Gombak dapat di kurangkan.

ROSLINA BINTI DIN