Projek KAM fokus air bersih dan kerohanian

Akauntan Negara, Datuk Zainani Jusoh/RTM

BATU PAHAT, 25 Januari -Isu bekalan air bersih dan pemerkasaan aspek kerohanian menjadi fokus utama pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani (KAM) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menaik taraf sistem saluran paip untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih penduduk.
  • Penaiktarafan pagar tanah perkuburan dan fasiliti Balai Islam untuk kebaikan komuniti.
  • Pembaikan tandas masjid meningkatkan kebersihan dan keselesaan ibadat di kampung.
  • Perolehan van jenazah sebagai sokongan operasi dan perkhidmatan komuniti setempat.

Akauntan Negara, Datuk Zainani Jusoh berkata, antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah menaik taraf sistem saluran paip air bagi 19 buah rumah, sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang telah lama dihadapi penduduk setempat.

“Projek berkenaan turut merangkumi kerja-kerja menaik taraf pagar tanah perkuburan, Balai Islam, tandas masjid serta perolehan sebuah van jenazah bagi kegunaan komuniti kampung,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan projek KAM mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap perbelanjaan awam memberi pulangan sosial yang bermakna kepada masyarakat.